RENJIS MUSIM 2 KEMBALI: Bermula 22 Oktober disaluran ASTRO RIA
SAKSIKAN SAMBUNGAN RENJIS MUSIM 1 YANG LALU. APA YANG TERJADI KEPADA M.F KENCANA? EH SILAP… SILAP… he he he…
… APA YANG BERLAKU KEPADA ELYANA (KIRANA)? SIAPAKAH JEJAKA YANG BERJAYA MENEMPAH NAMA DI HATI KIRANA? ADAKAH DEAN? ATAU RAFIQ? SIAPA PULA JEJAKA BERNAMA BUDI YANG MUNCUL MEMIKAT KIRANA?
Nak tau? tengok yer astro…
RENJIS (MUSIM 2) SALURAN 104: ASTRO RIA
TARIKH/MASA : MULAI 22-OKTOBER 2008,
SETIAP RABU, 9.05 MLM
DRAMA BERSIRI : 13 EPISOD
DURASI: 45 minit x 13 EPISOD
PENERBIT : ASIA MEDIA CONTENT SDN BHD
PENGARAH : JAMAL KHAN
PENULIS SKRIP: MAIZURA IDERIS, M.F KENCANA, NUR ILHAN, M.FAIRUZ PADOLI
PELAKON : ELYANA, SYED ALI, ASRAF MUSLIM, SHERRY IBRAHIM, LIZA ABDULLAH, KAMAL
GENRE : KOMEDI
OLEH: MAIZURA IDERIS www.drama-renjis-astro.blogspot.com
RENJIS MUSIM KEDUA MULAI 22 OKTOBER 2008 Drama bersiri Renjis telah bersiaran di Astro Ria (104) mulai 21 Mei hingga 13 Ogos yang lalu. Sambutan penonton membawa siri ini ke musim kedua mulai 22 Oktober (Rabu depan) jam 6 petang dan 9 malam. Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan. Jangan lupa temu janji anda di Astro Ria Rabu ini. ELYANA (KIRANA) ASHRAF SINCLAIR (DEAN/ALAUDDIN) SYED ALI (RAFIQ) SHERRY IBRAHIM (MILA) ASHRAF MUSLIM (KELANA) LIZA ABDULLAH (SERI)
RENJIS: "… drama 13 episod yang bersiaran di Astro Ria, setiap Rabu jam 9.30 malam itu berjaya mencipta rekod membanggakan dan menjadi antara drama siri tempatan paling popular di Astro"- Harian Metro.
Jom klik sini: www.jangantegur.blogspot.com kalau nak tengok beberapa foto sewaktu penggambaran drama ‘RENJIS’
 
 







Assalamualaikum diucapkan kepada semua rakan-rakan penulis, wartawan, artis, pelajar ASWARA ataupun sesiapa sahaja penggiat seni. Jika anda menghadapi masalah dengan mana-mana penerbit berhubung soal royaliti, honorium, skrip kena ciplak, lirik lagu kena plagiat, di tipu penerbit, berlakon tapi duit tak dapat, payment sangkut, dan macam-macam lagi kan? Awas, lanun-lanun seni banyak di luar dalam industri seni Malaysia ni. Bimbang diri anda dieksploitasi lanun-lanun tersebut, sila hubungi 